Wednesday, August 6, 2014

10 tips berguna mendidik anak 0 - 3 tahun yang boleh dicontohi

MySpace Backgrounds

10 tip berguna mendidik anak umur 0 hingga 3 tahun

Hari ni ibu nak share pasal tip keibubapaan atau lebih pada terapi pertuturan yang dikongsi oleh sorang blogger ni, Adlil Rajiah. Memang super awesome dan berguna. Tip yang dikongsikan boleh di apply untuk semua anak2 kita terutama yang masih kecil, newborn pun boleh, tak semestinya yang ada speech delay and such. Banyak tip yang ibu dah tahu sebab ibu pun sering jumpa pakar ni masa Nazhan speech delay. So, jom kita ambil pengajaran. Terima kasih pada Adlil sebab berkongsi info berguna dengan ibu bapa moden sekarang.


Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.

Terutama anak-anak yang umur  0-3 years old. 
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi.
Dan Alhamdulillah memang berkesan. =)

Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.

Tip didik anak, bermain di pantai untuk motor skil
Terapi juga ni bermain pasir di pantai. 

2. Don't expose to too much things in a box. 

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.
Takut aku. :D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.
 
Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T



3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.

Merangkak pun bagus rupanya
Pakat2 jadi tiger ya!



4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-

Tip Pertuturan: Pilih mainan yang boleh make up story dan realiti
Banyakkan toys yang boleh relate dengan realiti bukan hanya fantasi.. 

5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.



6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.



7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

Tip Pertuturan : Bercakap pada eye level anak. Pastikan anak faham dan lihat mata kita juga
Bercakap pada eye level anak.. 

8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.



9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.

Bermain bersama ikut minat anak
Pandainya, anak Adlil, Haikal ni pegang pen..Menurut Adlil practise make perfect. Show by example

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.


Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.

Niat aku satu je. 
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)

Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..



Big credit to Adlil Rajiah atas perkongsian ni.


Ha..dah baca jangan lupa apply k. Semalam husband pun ada cakap,  ibu bapa dan paediatrik di US memang kutuk bouncy seat siap ipad holder by Fisher Price..sebab banyak keburukan dari kebaikan..antaranya mengacau permandangan kanak kanak dan over expose dengan gadget ni. Jangan parents kat Malaysia pula yang beriya nak beli..


Bouncy seat Fisher Price : Over expose anak anak dengan ipad and such boleh bawa keburukan serius
Over expose anak anak dengan ipad and such boleh bawa keburukan serius

Tuesday, January 15, 2013

Bercuti di Cameron Highland

Nak cerita sedikit pengalam bercuti di Cameron Highland. Aku sedang mengandung 18 minggu masetu.. huhu.. Terpaksa pergi sebab aku da booking Rumah Peranginan Persekutuan Kerajaan. Aku booking setahun awal sebab nak dapatkan Apartmen 2 bilik, Dah bayar pula tu. Xsangka pula hamil. :) Jadi, bincang dengan hubby, pergila.. Niat di hati nak jalan2 sambil bawa adikku, Amy,

Apa yang aku nak kongsi Xbanyak. Cuma, aku terpegun dengan kebesaran Apartmen 2 bilik itu. Saiz keluasan overall rasanya lebih besar dari rumah aku. Hehe... Kebetulan pula, aku adalah org pertama yang menginap di situ selepas direnovate. Kebanyakan perabot serba baru dan moden. Xrugi menyewa dan booking awal setahun.

Jadi, aku selit pic nye ye...

Ruang bilik yang sangat besar. 2 biji katil (1 queen size, 1 single size bed ). Aku ambil yang besar bersama Encik Mansor dan single utk Wafiq. Hehhe.. Berselubung aje.. Sejukla!
Siap ada saprah.. Teringat masa kat Honeymoon Suite di Langkasuka, Langkawi.. hehe..

Katil yang sekejap lagi dierjah kami..
Single bed khas untuk Wafiq Darwisy... Ske dia, men2 rumah pakai selimut..
 



Memang sangat luas..  Di balik pintu ada almari dan meja dressing.. Perabot lama sbb xde kerosakan..


Pic toilet yang telah diubah suai. Ade sedikit kerosakan yang belum sempat diperbaiki. But, so far OK jer.. Murahkan?

Ruang tamu dan ruang makan yang sangat luas.. Nak pijak lantai pon sejuk woo..  

 Sliding door sepanjang2 ruang makan dan ruang tamu... terasa keluasannya

Ruang dapur.. Wall unit kitchen cabinet menten yang lama.. Paip air dapur pon ade sejuk dan panas tau.. hehe.. Xle terketar2 nak masak n basuh pinggan mangkuk.. Pinggan mangku, sudu cawan gelas sume disediakan. Xyah la susah2 bawa. Fridge pon ade.

Dapur gas DISEDIAKAN. So, xperlu lah bawa cooker sendiri. (Aku dah bawa siap2, ingatkan xdisediakan. Aduiyai.. Rice cooker dan kettle pon ade. Sume lengkaplah!! Sangat berpuas hati.

 Kat bawah ni pula, view di luar balcony. Adela ambil pic bersama keluarga. Memang sejuk sangat. Kebetulan, tgh musim hujan. Nasib kami ambil cuti 24 - 27 November 2013. jadi, Xtergesa2 untuk ke luar mengambil gambar kalau hujan. Selalu hujan masa tengahari dan lewat petang. malam, memang kena berselubung.

Wafiq yang Xreti duduk diam. Susah nak ambil gambar dengannya.

Tapi, dia tetap nak masuk mukanya walau susah nak bergambar. Anak bujangku!

Bersama JASON GODFREY ku.. hehe..

Bercuti bersama Ibu dan Adikku, Amy. Baru nak menyelit Wafiq ni..

 Harga Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland ni, sangatlah murah. Untuk apartmen sebesar rumah itu, hanya RM50/semalam. Sebabtu, setiap kali bukak permohonan baru untuk bula itu, mesti penuh dengan cepat. Mari semua, kite book awal Rumah Peranginan. Rugi Xguna kemudahan yang diberikan. :)













Monday, January 7, 2013

Usaha Yang Dilakukan Sehingga Berjaya Hamil

*Daku cedok dari forum Ratuhati yang ku update tempohari. Jadi, xdele kena taip banyak kali. Hehe... :)

Usaha yang dilakukan sejak berTTC secara serius (3 bulan)

Cycle pertama
1. Ber 'basal body temperature' (BBT)
2. BerOPK
*Tiada amalkan apa2 supplemen. Xberjaya lekat sbb BD xontime. Hubby demam+sakit.  :(

Cycle kedua
1. Ber 'basal body temperature' (BBT)
2. BerOPK
3. Pati Delima Gulsan (1 scoop every nite and morning) - kesan -> Watery selalu.
4. Acid Folic
*Tidak berjaya. BD ontime tp, ntah la ye. Still wondering.. Xde rezeki.

Cycle ketiga
1. Ber 'basal body temperature' (BBT)
2. BerOPK
3. Acid Folic
4. Pati Delima Gulsan - kesan -> Watery selalu.
5. Pil Homeopati dr. Dr. (H) Hassan di PKNS, Bangi (recommended by Mami bell03) start makan during implantation period. - kesan -> lancar pembuangan air besar, rahim menjadi sihat dan kuat (wallahualam, based on sbb pregnant kan) Nak tahu kisah, boleh tujuk thread Homeopati di Rawatan dan Masalah Fertility.
6. Position BD sama mcm masa dapat first baby. Beza dgn cycle2 lepas.
7. Evening Primrose Oil.(keluar EW yang banyak)
8. BD every other day but ontime during O.
9. Meletakkan harapan yang optima. Slalu, harapan tinggi. (Untuk elak terlalu memikirkan dan stres)
10. Jaga pemakanan sbb homeopati banyak pantang.
11. Masa lepas period, xmakan fast food, air gas etc yg sebelomni fav. Bulan puasa pulaktu, jarang makan diluar yang kita xtahu tahap zat dan kebersihannya. Selalu, memang ske makan n lepak di luar. Iftar di rumah sahaja.
12. Minum air kelapa muda (4hari berturut2 selepas abis period).
13. Light exercise and consume air masak banyak.
14. Berat turun 5% masa puasa. Rasa beri efek juga tu. ;D

*cycle bulanni (Julai 2012), BERJAYA PREGNANT!! Alhamdulillah.. (LMP-1st - 6th Ramadhan)

Tuesday, October 30, 2012

Tanda-Tanda Awal Kehamilan yang Aku Rasa Sebelum Disahkan Hamil

Aku copy paste je dari link RatuHati. Malas lak nak type banyak kali. Hehehe.. Moga2 mami2 TTCians yang ingin tahu tanda2 awal kehamilan, ia boleh dijadikan sebahagian panduan. Tp, xsemua orang sama.

Salam, Ma Jay baru je dapat POSITIF pregnant masa DPO12. Kalao nak tengok kat carta FriendFertility Ma Jay, itu adalah salah satu tanda yang bulantu Ma Jay sangat subur. Untik pengetahuan, Ma Jay uat BBT (basal body temperature).

1. Cycle kalini jumpa Egg white cervical mucus.
2. Rasa ovulation pain sama dgn BbT detect O masa Cd20.
3. Ada rasa Pain mase impantasi. Mencucuk2.. twinges ovari kiri sekejap kanan.
4. Lepas Ovulation day, keluar cervical mucus jenis Creamy yang extra berbanding cycle2 lepas. Kalo dlu, kaler putih mcm air nasi. Tp, kalini amaunnye banyak dan kalernye lebih putih mcm lotion.
5. Loya2 dan cepat letih.
6. Aerola xberbeza sbb semenjak lahirkan baby yang 1st da berkembang. Jadik, mmg xleh refer on.
7. Sensitip pada bau2an dan selalu lapar. Tp, disebabkan puasa tahan saje. hehe..
8. Breast terasa penuh. Kalao cycle lepas just tender je, kalo ni tender n full.
9. Nipple gatal dan sensitive. Slalu, breast je tender. yang ni dgn nipple sekali. siap ade putih2 susu kering.
10.Terasa nak makan sesuatu i.e Sate Padang. Xdapat, frust gile.. huhu..
11.Cramp rahim on and off. Xrasa macam nak period langsung.
12.Terasa memilih2 makanan.. Slalu, yg fav jadik xfav (sama mcm mengandung dulu)
13.Simptom hamil lepas sama mcm sekarang. Loya nye lain macam..
14.Air liur berlebihan dan payau2 sikit.
15.ULSER. Yup, ulser yang xbaik2 selama seminggu lebih.. Siap berpindah randah lagi... kikikikiii...
16.Nadi laju semacam sampai rasa letih n nampak gegaran nye.. huhu..
17.Kencing kerap dan banyak. Tp, mungkin sbb minum banyakkot. hehe..
18.Asik sendawa aje.. Banyak angin dan senak perut lain macam.
19.Bibir pecah.Tp, mungkin sebab puasa.hmm..
20.Badan bahang tp, kalini bahang dia bahang selesa.
21.BD pon rasa sensasi aje. hihiii... xsama ngan cycle sebelum2..mungkin sbb pengeluaran Egg White tu yg menunjukkan tanda sangat subur dan maka itu, selesa berBD. hehe..

Bila rasa ade perbezaan dengan cycle lepas, terus buat UpT test masa DPO12. Nampak faint line je. Tp, takut Chemical Pregnancy (slalu baca cerita kengkawan, jadik risau). Jadik, xde cite kat org lagi. Ingat nak tunggu sampai delay DPo. Luteal Phase mmg 15 hari. Tp, xsabar.. DPO14 uat.. alhamdulillah terang sangat. DPO15 uat pakai ClearBlue Digital sbg kenangan..  :D

Itula serba sedikit cerita Ma Jay. Sekian, terima kasih. Hihi..

Berita Sedih Di Bulan Ramadhan merupakan Berita Gembira Di Hari Raya


Aku sangat sedih apabila berita gembira yang kuharapkan dan harapan untuk puasa penuh ketika Ramadhan, bertuko tragedi kesedihan. Aku ngam2 period masa 1st day Ramadhan.. Uwaa.. Rasa cam xleh trima kenyataan je, walau suhu ketika uat BBT masetu memang da merudum jatuh.. Hehehhee..

Selepas itu, aku xnak menaruh haraan yang sangat tinggi walau di pikiran asik terpk, "Kenapa aku xhamil lagi?" "Aku ada masalah ke?" Masa ramadhan tu jugak, aku pergi ke Klinik Kesihatan nak tanya prosedur membuat Pap Smear. Kot2, aku ada masalah kan? Memandangkan anak pertama aku bunting pelamin. Kalini, mcm susah nak lekat lak walau BD on time.

Tp, Ramadhan ni aku sangat sinuk sampai xde nak BD hari2. selang seli je.. Ade, Alhamdulillah.. Kalo Xde, Xpelah.. Usaha pon yang yang yok je.. Lagipon, masetu aku amik tempahan kerepek n rempeyek. Punyala banyak.. Sampai aku da xheran nak elak angkat berat ke hape dah.. Tp, aku rs, itu one kind of exercise.

Beratpon turun 3 kg masetu.. Hehehhe... Tp, semenjak counting DPO mmg ade rasa perbezaan dengan sebelom2 ni. Mmg aku ade BD cun2 masa O Day. Walu xde buat OPK atau Saliva Test untuk tau waktu O. Harapkan BBT sahaja. Alhamdulillah, BBT menunjukkan biphasic pattern.

Masa DPO12 (Raya ke -2) , entah bagaimana kudrat kuat untuk membuat pregnancy test. Hmmm.. mula2 just letak je la kat flush toilet tu.. Bila tgk balik, seakan ade 'line' lah!! Cuba tengok ni!


Haaa.. yang kiri tu la, aku uat. Pakai UPT Hamil Comel. Tapi, memandangkan banyak cerita xbest aku dengar berkenaan dengan UPT ini yang suka bagi false positif, xdelah aku war2 kan pada semua. :) Aku sabar lagi.. Heheheh.. Bila da masuk Raya ke -4 iaitu DPO 14, aku terus suh suami aku singgah ke Guardian. Aku capai Dip n Tell yang 2 stick per box (mak ai.. semangat xingat beli spi 2) dan UPT jenis ClearBlue Digital. Murah plak, ade diskaun time raya. Slalu RM 29+.. Ini, hanya RM 26+. Kali ini, aku seakan yakin bahawa aku ada peluang cerah utk +ve pregnant walau aku tau DPO aku konsisten 15 hari. Aku buat terus malam itu. Alhamdulillah!!! Gambarnye seperti di dalam gambar di atas belah kanan. :)) Double sengih aku dalam toilet. Yang ni, aku pakai UPT jenis Dip n Tell.

Keesokan pagi, aku bangun pukul 3am, aku terus capai UPT Clear Blue Digital (walau dah sah2 positif kan..) untuk kepastian dan kenang2an. hehhehe.. Gambarnye seperti di bawah.


I'm pregnant 2-3 means 4-5 weeks!! Aku senyum2 lagi sensorang.. Lepas 3pagi tu, aku terus xtido. Update terus dalam group dan Ratuhati. Bersyukur sangat. Dahle tengah syok beraya di kampung Pontian, Johor. Rupa2 nya, berita sedih yang ku terima di bulan Ramadhan merupakan berita gembira di Bulan Syawal yang mulia!! Alhamdulillah....

Nak tahu apa respon suami aku.. Kan, aku cite aku uat test pukul 3 pagi kan? Aku tunggula si suami bangun dari tido.. Lambat betoi rasa tunggu dia bangun. Tp, aku xpasti dia akan nampak eksaited sbb aku tau dia sangat cool dari segala segi.. Hmmmm... :(

Bila dia da bangun, aku panggil dia masuk bilik sat. Aku pun suakan lah CBD kat dia. Aku pon gtau, aku positif. Dia cam caye xcaye. "Berjaya jugak ye?" hmmm.. Itu aje?? Alaaa.. xbest la suami aku ni.. hukhuk.. Dr, 1st baby sampai yang kedua mcm tu je respon?? Hukhukkk... Tensen tul.. "Abang ni, xeksaited pon?" Aku sedih.. "Eh, abang suka la.. Cuma, cam xcaye.." "Ape perasaan abang?" "Abang mestilah bangga" Itu aje? Aku harapkan, adelah pelukan n tahniah.. Cis.. Tp, aku da agak.. Hubby ku mmg macam tu..

Walao itu aje responnye, tp aku tau dia sayang kan kami. :)

Pastu, amse untuk aku gtau saudara mara aku lak.. Aku start kat meja makan.. Masetu ngah breakfast. Akupon, citelah.. "I'm pregnant" Kakak aku n mak Uda aku ade sekali. "Yeke? COngrats!" Sekali, mak aku lalu. Kakak aku pon gtau Mak aku, aku preggy. Skali, Mak aku xcaye.. Kot2 aku tipu ke.. Aku sedih.. Adeke, aku nak nipulak?

Aku nanges dalam bilik. hukhuk... Pastu, br tau mak aku terkejut la kan.. Aku kan slalu suke guro (tp, agak2 le Mak.. xkan mende ni nak uat guro.. huhu).. Dan one more, mak aku kate baru je tgk aku period Ramadhan tu.. Hahah.. ni lah kuasa Allah, BBT dan UPT mak.. Xyah tgu uwek2 baru nak tau preggy.. Hehehhe... Xpela, stop je cite kat situ... Patut la aku rasa mengah semacam je n idung sensitip.. rupanya.. Im Pregnant daaa.. Alhamdulillah... :')

Saturday, September 8, 2012

I am PREGNANT my SECOND BABY!!

Alhamdulillah, aku dan suami memang merancang untuk baby ke dua selepas Wafiq berusia 3 tahun. Aku serius berTTC selama 3 bulan dan rezeki memihak kepada ku. Tp, dalam usaha ku berTTC ade macam2 juga. Hehehe.. Nak tau? Aku senarai kan di bawah:-


1) Aku berBBT (basal body temperature), atas saranan seorang sahabat.. Mmg bagus kita temping suhu asas badan kite setiap pagi dan catit dalam carta. Web yang selalu diguna ialah www.fertilityfriend.com. Ia ajar kite mengenal lebih badan kita. Leh tau kita ada masalh hormon atau x. Bley tahu kita ovulasi atau anovulasi dsb. Kat bawah, ialah Carta BBT aku yang berjaya. GREEN LINE!!! :)



2) Aku makan Pati Delima Gulsan (cycle ke dua dan ketiga)


3) pil homeopati Ustaz Hasan kat PKNS, Bangi ( baru beberapa hari during implantation period) (cycle ke 3) xabes pon, ubat untuk period pon xsentuh.

Yang nak tahu cerita dan pengalaman daku ke sana, leh la klik ke link ini:-

http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,1357.msg277677.html#msg277677

4) Asid Folic (400mcg/day) Appeton brand


5) Tgk ka utube fertility massage. Urut2 sikit, sbb kat utube pon bagi sikit je.


6) Pantang makan fast food ( masa Ramadhan.. hehe)


7) Makan Evening Primrose Oil 1000mg/day brand Blackmores ( abes period hingga nak Ovulasi, start makan cycle ke 3)


8) Aku ade beli Ovulation Predictor Kit (OPK) ( guna 2 cycle je, pastu da abes..)


9) Dah habes OPK, aku beli Fertile Focus sama fungsi macam OPK cuma jimat kalu guna ini. Ingat nak letgo la.. Yang ini test guna air liur. Tgk peak estrogen surge before ovulation.
10) banyakkan bersedekah dan berdoa. Aku last period 21 julai iaitu 1st Ramadhan. Mmg sedih la sbb xleh puasa dan cycle kedua tu xberjaya.. Tp, aku redha..